Kita Menyembah Allah, Bukan Menyembah Ramadhan
Oleh Syaikhna al-Arif Billah Sidi Yusuf Bakhour al-Hasani
Bismillahirrahmanirrahim…
Salam Ramadhan Mubarak kepada saudara-saudara Islam sekalian, semoga Allah mengizinkan kita memahami erti sebenar hakikat Ramadhan sebagai seorang Islam. Bagaimanapun sebagai orang yang mengikuti ‘toriq’ atau jalan menuju Allah, nasihat saya kepada semua dan diri saya sendiri adalah, bulan Ramadhan bukan sekadar bulan ibadah dan meningkatkan pahala dari Allah SWT tetapi untuk menyediakan diri kita sebagai hambaNya yang sebenar. Kita menyembah Allah, bukan bulan Ramadhan, kita adalah hamba Allah bukan hamba Ramadhan. Ramadhan adalah sebab untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, yang mana kita patut menyibukkan hati kita kepada Allah SWT, bukan kepada bulan Ramadhan itu sendiri. Ini bermakna bukan sekadar menyibukkan hidup kita dengan qiyamullail, berpuasa dan pelbagai amalan baik yang lain tetapi niat kita adalah untuk memyibukkan diri dengan sesuatu iaitu Allah Subhanahu wa Taala sahaja. Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam (SAW) bersabda:
“Orang yang menyibukkan diri dengan Allah akan dipelihara Allah daripada kesibukan lain.”
Oleh itu, jadikan semua niat kita kepada Allah semata-mata dan hubungkan akhlak kita dengan Allah Yang Maha Esa demi memperbaiki amalan kita dengan orang lain. Saya mengingatkan, sibukkanlah diri dengan Allah, Allah akan melindungi kita daripada kesibukan lain. Perbaiki diri kita secara praktikal kerana ia boleh memperbaiki hubungan kita dengan orang lain secara praktikal. Janganlah lupakan tragedi yang telah menimpa umat Islam ketika bulan ini, bantulah mereka dengan berdoa kepada Allah, demi meingkatkan taraf Ummah serta mempimpin kita ke jalan yang benar.
Kita bukanlah hakim masyarakat, kita adalah sebahagian daripada bangsa seluruhnya. Kita adalah orang Islam, Alhamdulillah. Kita sampaikan nasihat sebagaimana perintah Allah dan RasulNya yang mendengar perintah Allah Subhanahu wa Taala, bukan dirinya sendiri SAW. Sekali lagi, semoga Allah memberi rahmatNya kepada kita semua, selawat dan salam kepada nabi kesayangan kita, Muhammad SAW.
Saudara-saudaraku,
Ingatlah bahawa bulan ini adalah bulan kemaaafan. Oleh itu, maafkan semua orang yang telah melakukan kesilapan kepada kita, doakan untuk mereka, minta ampun kepada mereka yang telah kita lakukan kekhilafan. Ini adalah cara terbaik untuk memulakan puasa di bulan yang mulia ini serta memperbaiki hubungan dengan Allah dan semua saudara seIslam. Satu perkara yang boleh dikatakan di akhir ucapan ini, ini adalah bulan untuk jujur kepada diri sendiri serta menilai sikap sebenar kita terhadap orang lain.
0 Response to "Kita Menyembah Allah, Bukan Menyembah Ramadhan"
Post a Comment